Visi Kami
Untuk menjadi sebuah koperasi kredit yang berkembang maju, mampan dan utama di Malaysia dalam memakmurkan pencapaian sosio-ekonomi anggota-anggotanya, dengan berpandukan prinsip-prinsip mulia koperasi seperti kejujuran, akauntabiliti dan keusahawanan.
Misi Kami
Koperasi NUCW Berhad komited terhadap kesejahteraan ahli-ahlinya dengan mengamalkan prinsip-prinsip berikut:
- Memupuk semangat kemasyarakatan di kalangan anggota-anggotanya;
- Menganjur prinsip anggota adalah pemilik koperasi secara demokrasi;
- Usaha yang berterusan untuk memperkasa ekonomi anggota-anggota melalui kepelbagaian sumber.
Moto Kami
Berikut adalah moto kami:
Kesaksamaan | - | Layanan yang setaraf kepada semua anggota tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, taraf pendidikan, pendapatan dan ketidakupayaan mereka. Segala peruntukan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil kami mengikat semua anggota kami tanpa sebarang bentuk sokongan berat sebelah atau diskriminasi. |
Ekuiti | - | Pengagihan pai ekonomi yang adil dan saksama kepada semua anggota kami setimpal dengan sumbangan mereka dan akses dan peluang yang sama kepada segala keistimewaan dan aktiviti ekonomi kami. |
Perpaduan | - | Perpaduan di kalangan anggota-anggota adalah intipati dalam mencapai matlamat kami untuk memajukan taraf sosio-ekonomi bersama. Melalui perpaduan, anggota-anggota kami berusaha untuk memupuk dan melindungi hubungan harmoni yang telah dibina selama ini di antara Koperasi NUCW Berhad dan anggota-anggotanya dan, sesama anggota-anggotanya, untuk masa depan yang lebih cerah bersama. |
Piagam Pelanggan Koperasi NUCW Berhad
Janji Kami kepada Anggota-anggota Kami:
- Kami akan sentiasa mengalu-alukan anda dengan senyuman
- Kami akan melayani anda dengan budi bahasa, sikap hormat dan dedikasi
- Kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat yang jelas, tepat dan menyeluruh
- Kami akan sentiasa responsif kepada pertanyaan dan maklum balas anda dan berusaha untuk menyelesaikannya dalam tempoh masa yang munasabah
- Kami akan sentiasa memastikan bahawa pejabat kami adalah selesa dan mudah diakses kepada anda
- Kami akan sentiasa mengamalkan urus tadbir yang berhemat, bertanggungjawab dan telus