Bahasa: EN | BM |

Berkongsi:


Faedah Kemasukan Hospital/Wad

Koperasi NUCW optimis untuk sentiasa mengingati tentang kesejahteraan dan kebajikan anggota. Dengan itu, Koperasi NUCW telah menyediakan empat skim yang berbeza untuk membantu memastikan kesejahteraan anggota.

Koperasi NUCW menyediakan bayaran saguhati sekali beri untuk kemasukan ke hospital. Bayaran sagu hati yang ditetapkan untuk kemasukan boleh diguna untuk hospital kerajaan mahupun swasta. Terlebih dahulu, dokumen tambahan untuk pengesahan dan pemprosesan mungkin diperlukan oleh Koperasi NUCW Berhad. Anggota perlu menjadi ahli 12 bulan ke atas untuk menikmati faedah ini. Ini tanda penghargaan kecil semasa kesulitan anda.

 
  • Bayaran saguhati berupa sekali beri untuk kemasukan ke hospital.
  • Bayaran saguhati layak dituntut untuk kemasukan ke hospital kerajaan atau swasta.
  • Perlulah dirawat sebagai pesakit untuk sekurang-kurangnya selama 24 jam di dalam wad hospital sebelum layak menuntut faedah ini.
  • Layak dituntut untuk kemasukan ke wad hospital akibat penyakit atau kemalangan dan tidak terpakai untuk kelahiran anak.
  • Bayaran saguhati adalah berupa sekali beri dan hanya layak dituntut sekali sahaja sepanjang tempoh keanggotaan.
  • Bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota semasa waktu-waktu yang amat memerlukan.
  • Kad pengenalan anggota dan bukti kemasukan (salinan bil perubatan dan akuan keluar hospital yang disahkan) ke hospital diperlukan untuk pemprosesan.
  • Dokumen tambahan untuk pengesahan dan pemprosesan mungkin dikehendaki oleh Koperasi NUCW Berhad.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kemasukan ke hospital oleh seseorang anggota tersebut.
  • Mestilah telah menjadi anggota untuk 12 bulan dan ke atas sebelum layak untuk faedah ini
* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.


 Pertanyaan - Faedah Kemasukan Hospital/Wad