Di Koperasi NUCW, terdapat faedah unik yang mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang dalam pendidikan bagi anak-anak anggota. Insentif akan dianugerahkan mengikut tahap pencapaian anak-anak anggota dan seterusnya menggalakkan mereka untuk melakukan yang lebih baik dalam pendidikan masa depan mereka.
- Mengiktiraf dan memberi ganjaran dalam bentuk wang tunai untuk pencapaian cemerlang dalam pendidikan.
- Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan anak-anak anggota untuk mengekalkan pencapaian cemerlang sepanjang karier pendidikan mereka.
- Pengiktirafan diberikan untuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan juga kemasukan ke universiti-universiti awam sahaja (UA).
- Insentif berupa wang tunai bertujuan untuk menggalakkan anak-anak anggota agar membelanjakan wang tunai tersebut untuk tujuan pendidikan semula.
- Kad pengenalan anggota, salinan sijil kelahiran anak anggota dan salinan slip keputusan peperiksaan (salinan- salinan yang disahkan) diperlukan untuk pemprosesan.
- Dokumen tambahan untuk pengesahan dan pemprosesan mungkin dikehendaki oleh Koperasi NUCW Berhad.
- Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan oleh kementerian pendidikan.
- Mestilah telah menjadi anggota untuk 12 bulan dan ke atas sebelum layak untuk faedah ini
Pertanyaan - Faedah Keputusan Cemerlang Pendidikan