Bahasa: EN | BM |

Berkongsi:


Faedah Keputusan Cemerlang Pendidikan

Insentif untuk pelajar, mendorong mereka untuk menjadi lebih produktif kerana mereka merasakan bahawa diri mereka telah mencapai sesuatu kejayaan. Kejayaan membuat mereka gembira dan setiap kisah kejayaan yang lain membantu pelajar menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Mereka bangga dan teruja untuk mencipta dan mencapai kejayaan yang baharu.

Di Koperasi NUCW, terdapat faedah unik yang mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang dalam pendidikan bagi anak-anak anggota. Insentif akan dianugerahkan mengikut tahap pencapaian anak-anak anggota dan seterusnya menggalakkan mereka untuk melakukan yang lebih baik dalam pendidikan masa depan mereka.

 
  • Mengiktiraf dan memberi ganjaran dalam bentuk wang tunai untuk pencapaian cemerlang dalam pendidikan.
  • Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan anak-anak anggota untuk mengekalkan pencapaian cemerlang sepanjang karier pendidikan mereka.
  • Pengiktirafan diberikan untuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan juga kemasukan ke universiti-universiti awam sahaja (UA).
  • Insentif berupa wang tunai bertujuan untuk menggalakkan anak-anak anggota agar membelanjakan wang tunai tersebut untuk tujuan pendidikan semula.
  • Kad pengenalan anggota, salinan sijil kelahiran anak anggota dan salinan slip keputusan peperiksaan (salinan- salinan yang disahkan) diperlukan untuk pemprosesan.
  • Dokumen tambahan untuk pengesahan dan pemprosesan mungkin dikehendaki oleh Koperasi NUCW Berhad.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan oleh kementerian pendidikan.
  • Mestilah telah menjadi anggota untuk 12 bulan dan ke atas sebelum layak untuk faedah ini
* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.


 Pertanyaan - Faedah Keputusan Cemerlang Pendidikan