Faedah Simpanan Persaraan

Tidak ada alasan untuk tidak membuat simpanan  persaraan. Apabila ahli membuat simpanan setiap bulan, ia secara langsung mempersiapkan mereka sekiranya mereka bersara lebih awal dari yang dijangkakan. Setiap ahli berhak untuk melalui persaraan yang selamat dan dijamin selepas bertahun-tahun bekerja. Bagi meneruskan gaya hidup yang  sedia ada, mereka dinasihatkan untuk membuat satu saluran penyimpanan yang selamat dan mudah untuk persaraan mereka kelak.

Di Koperasi Pekerja, kami membentuk skim simpanan persaraan untuk anggota koperasi yang bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan ahli selepas persaraan mereka. Dengan skim ini, para ahli mempunyai kelonggaran untuk menyimpan lebih banyak dan cepat dengan meningkatkan yuran simpanan bulanan mereka pada bila-bila masa sambil menikmati dividen tahunan. Di samping itu, pengurusan simpanan ahli dilindungi melalui pemantauan dan kawal selia oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Akta Koperasi 1993.

  • Yuran simpanan bulanan bermula serendah RM30.00.
  • Jaminan dividen tahunan ke atas simpanan anggota-anggota.
  • Menawarkan fleksibiliti kepada anggota-anggota dengan memilih untuk menyimpan lebih banyak dan cepat dengan cara meningkatkan yuran simpanan bulanan mereka pada bila-bila masa.
  • Menawarkan satu saluran penyimpanan yang selamat dan mudah kepada anggota-anggota untuk persaraan mereka kelak.
  • Memupuk tabiat berjimat cermat di kalangan anggota-anggota.
  • Suatu simpanan yang amat bernilai yang mampu menjana dividen tahunan yang tinggi ke atas dana terkumpul di dalam akaun anggota-anggota dalam jangka masa panjang.
  • Bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota-anggota selepas persaraan mereka kelak.
  • Membantu para anggota untuk menikmati faedah-faedah keanggotaan yang lain di samping menabung untuk persaraan mereka kelak.
  • Pengurusan yuran simpanan bulanan anggota-anggota dilindungi melalui pemantauan dan kawal selia oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Akta Koperasi 1993.

* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.

CONTOH SIMULASI JADUAL SIMPANAN + DIVIDEN

Simpanan
Bulanan
5%8%
5 tahun10 tahun 15 tahun20 tahun5 tahun10 tahun15 tahun20 tahun
RM30(1800)(3600)(5400)(7200)(1800)(3600)(5400)(7200)
2,0884,6598,01912,3312,2815,63210,55717,792
RM50(3000)(6000)(9000)(12000)(3000)(6000)(9000)(12000)
3,4817,92413,59520,8323,8029,38717,59529,654
RM100(6000)(12000)(18000)(24000)(6000)(12000)(18000)(24000)
6,96215,84827,18941,6637,60318,77535,18959,308
RM150(9000)(18000)(27000)(36000)(9000)(18000)(27000)(36000)
10,44323,77240,78462,49511,40528,16252,78488,961
RM200(12000)(24000)(36000)(48000)(12000)(24000)(36000)(48000)
13,92531,69654,37883,32615,20637,54970,378118,615

Contoh Pertumbuhan Pelaburan
5percent copy8percent

Application Form

Kadar Dividen Terbaik 7%

Mencari pembayaran dividen tertinggi sehingga 7% setiap tahun? Klik butang join dan mulakan simpanan anda dengan kami.

Sertai Skim Simpanan Khas Kami!