Kesamarataan
Semua ahli kami dilayan sama tanpa mengira etnik, budaya, agama, jantina, pendidikan, pendapatan dan ketidakupayaan mereka. Peruntukan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil kami mengikat semua ahli kami tanpa sebarang bentuk pilih kasih atau diskriminasi.
Keadilan
Pengagihan ekonomi yang adil dan saksama di kalangan ahli kami selaras dengan simpanan mereka, serta akses dan peluang yang sama kepada semua hak keistimewaan dan aktiviti ekonomi kami.
Solidariti
Perpaduan di kalangan ahli kita adalah intipati dalam mencapai objektif bersama untuk memajukan status sosio-ekonomi kami. Melalui perpaduan, ahli kami berusaha untuk memupuk dan melindungi hubungan harmoni yang dibina dari semasa ke semasa antara KOPERASI NUCW BERHAD dan ahlinya, serta di kalangan ahli untuk masa depan yang lebih cerah bersama.