Bagaimana Memohon Keanggotaan
- Pemohon perlu memuat turun dan mengisi Borang Permohonan Keanggotaan.
- Pemohon dinasihat merujuk kepada Borang Permohonan Keanggotaan [Panduan Mengisi] untuk membantu dalam mengisi borang permohonan.
- Semua ruangan yang berkaitan seperti dalam panduan mengisi hendaklah dilengkapkan.
- Penggunaan pen berdakwat hitam atau biru dibenarkan.
- Yuran pendaftaran masuk adalah RM20.00.
Borang permohonan yang lengkap diisi dan slip pembayaran RM20.oo untuk untuk yuran pendaftaran masuk boleh diserahkan melalui saluran-saluran berikut:
1. Serahan tangan di kaunter pejabat kami.
2. Melalui kurier ke alamat pejabat kami.
- Pemohon perlu mendeposit yuran pendaftaran masuk RM20.00 ke dalam akaun bank Koperasi NUCW Berhad.
- Lampirkan slip deposit bank bersama-sama dengan Borang Permohonan Keanggotaan yang lengkap diisi apabila kurier kepada kami.
- Sila jangan menghantar wang tunai melalui pos.
- Sila hubungi pejabat kami untuk mendapatkan butiran akaun bank koperasi.
NO | TERMA-TERMA KEANGGOTAAN |
---|---|
1 | Telah mencapai umur 18 tahun semasa pendaftaran untuk menjadi anggota |
2 | Merupakan warganegara Malaysia |
3 | Sedang bekerja atau mempunyai sumber pendapatan |
4 | Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar atau tidak upaya dari segi mental atau seorang bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dan tempoh satu tahun masih belum tamat dari tarikh pembuangan itu. |